SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini pagi ini bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Terdahulu, Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu akan mengadakan sidang media setelah selesai menghadap Yang Dipertuan Besar.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Mohd Amin Ludin.
Aminuddin dilaporkan telah mencadangkan kepada Tuanku Muhriz tarikh pembubaran pada Jumaat ini (30 Jun) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Persidangan DUN Negeri Sembilan yang pertama adalah pada 2 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir pada 1 Julai ini.
Sepanjang penggal itu, satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu DUN Rantau berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov 2018, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.
Timbalan Presiden UMNO itu mempertahankan kerusi tersebut dengan kemenangan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, pada PRK berkenaan yang diadakan 13 April 2019.
Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PH dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-enam, Amanah-tiga) diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap di Seremban pagi ini. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.
Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB
Kerajaan Negeri Sembilan perlu mewujudkan kaedah penilaian prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji atau tidak.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.